awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup

Devonshire Sikem
Devonshire Sikem
17/04/2024
21:20 MYT
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Lah Wan ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam sekitar jam 9.05 pagi Rabu. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri.
MIRI: Polis Miri menahan seorang lelaki berusia sekitar 30-an bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan parit besar di Lakeshore, Senadin, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang identitinya dikenali sebagai Lah Wan, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam sekitar jam 9.03 pagi.
"Mangsa pada awalnya diklasifikasi mati mengejut di tempat kejadian.
"Namun, pemeriksaan lanjut menemui enam kesan tetakan di bahagian kepala, dua kesan tetakan pada tapak tangan kanan, satu tetakan pada bahagian belakang badan serta satu kesan tetakan pada lutut sebelah kiri," katanya.
Menurutnya, mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Difahamkan, polis sedang mengenal pasti motif di sebalik serangan tersebut dan mengesan senjata yang digunakan.
Topic Berkaitan
#Tetak
#diserang dengan objek tajam
#mayat dalam parit besar
#Polis Miri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan