awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui mati ditetak selepas berhibur di Petaling Jaya

Hakim Rahman
Hakim Rahman
28/02/2016
05:10 MYT
Lelaki ditemui mati ditetak selepas berhibur di Petaling Jaya
Ketika kejadian mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang menaiki motosikal selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Gasing. - Foto PDRM
Seorang lelaki berusia 36 tahun ditemui mati selepas dipercayai ditetak sekumpulan lelaki berhampiran Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Jalan Utara di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan perut manakala rakannya cedera di tangan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, ketika kejadian mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang menaiki motosikal selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Gasing.
Bagaimanapun, mereka ditahan 12 lelaki menaiki empat kereta sebelum berlaku pergaduhan.
Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#maut
#Mohd. Zani Che Din
#PDRM
#Petaling Jaya
#polis
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan