NATIONAL
Lelaki ditemukan lemas kereta dipandu terjunam dalam sungai

Muhammad Noor Fadzli (gambar kecil) ditemukan lemas selepas kereta dipandu terbabas ke dalam Sungai Santap dekat Kampung Baru Telaga Mas, pagi Khamis. -Foto ihsan bomba
POKOK SENA: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Santap dekat Kampung Baru Telaga Mas di sini, pada pagi Khamis.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki, Muhammad Noor Fadzli Mustapa, 25, ditemukan lemas selepas keretanya terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Santap di Kampung Baru Telaga Mas pada pagi Khamis.
- Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi dan pasukan bomba tiba di lokasi sembilan minit kemudian. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga mangsa pengsan di lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi didapati terdapat sebuah kereta telah terbabas ke dalam sungai dan seorang mangsa masih belum berjaya diselamatkan selain mendapati arus sungai yang deras.

Mayat mangsa berjaya dijumpai namun disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM yang berada di lokasi. Foto ihsan bomba
“Seterusnya, PGO Kedah telah mengarahkan jentera khas EMRS BBP Alor Setar dan Pasukan Penyelamat di Air BBP jitra ke lokasi kejadian,” katanya pada Khamis.
Jelas Aminuddin, mangsa berjaya dijumpai namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut
Tambah beliau, seorang wanita pengsan di lokasi kejadian pula dipercayai ahli keluarga mangsa yang sebelum itu hadir ke lokasi dengan menaiki motosikal. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami