BACHOK: Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemukan lemas selepas terjun ke dalam sungai dan dipercayai tenggelam ketika cuba melarikan diri dalam satu serbuan polis di Jeti Pengkalan Petah di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata mangsa cuba melarikan diri dengan cara terjun ke dalam sungai dari bot nelayan yang dinaiki dan cuba berenang ke tebing sungai sebelum dipercayai tenggelam.
"Berdasarkan laporan diterima pada 4.36 petang semalam, mangsa cuba melarikan diri dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan Op Tapis Khas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mohamad Ismail operasi mencari dan menyelamat telah dibuat dengan dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok bagi mengesan mangsa.
Beliau berkata operasi mencari berjaya menemukan mangsa pada 7 malam iaitu pada jarak 10 meter dari lokasi kejadian.
"Pengecaman mayat juga turut dibuat oleh abang mangsa dan semakan rekod polis mendapati mangsa mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HRPZ II untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad Ismail berkata hasil serbuan yang dijalankan, polis menahan dua lagi suspek lain di Jeti Pengkalan Petah tersebut di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan dua lagi tangkapan di Jeti Kemasin mengikut Seksyen 15(1) akta sama.
Katanya kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Mayat dibawa dengan kenderaan polis ke HRPZ II untuk bedah siasat. Gambar kecil: Mohamad Ismail. - Foto Sinar Harian
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Lelaki ditemukan lemas di Pantai Tanjung Balau
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas hilang ketika bermandi- manda di Pantai Tanjung Balau dekat Kota Tinggi hari ini.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Tragedi jala ikan: Mayat isteri ditemukan, anak bongsu masih hilang
PDRM mengesahkan mayat wanita yang terbabit dalam tragedi lima sekeluarga yang dihanyutkan arus deras ditemukan pada Isnin.
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Lelaki Kemboja hilang ketika menjala di sungai ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemukan terdampar di tebing sungai pada 12 tengah hari kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
Lelaki warga asing ditemukan lemas di Tasik Kota Kemuning
Lelaki itu dipercayai terjun ke tasik dalam keadaan mabuk berdasarkan penemuan beberapa botol arak di lokasi kejadian.
Pelancong warga China lemas di Pulau Sapi
Seorang pelancong lelaki warganegara China meninggal dunia selepas dipercayai lemas di Pulau Sapi, semalam.
Remaja lemas selepas terjatuh dalam kolam tadahan
Seorang remaja berusia 15 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air di sebuah kawasan kebun kelapa sawit di Parit Shafie, di sini, semalam.