awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh

Bernama
Bernama
21/04/2024
14:08 MYT
Lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam semak berdekatan pondok bas di tepi jalan KM 10 Jalan Seremban-Port Dickson semalam. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam semak berdekatan pondok bas di tepi jalan KM 10 Jalan Seremban-Port Dickson dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berkaitan penemuan mayat lelaki berusia 41 tahun dalam keadaan terbaring dan lengkap berpakaian itu pada 9.20 pagi.
"Pemeriksaan pada badan mangsa menemukan kesan kecederaan dan disyaki dibunuh menggunakan senjata tajam.
"Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah motosikal yang didaftarkan atas nama mangsa, topi keledar, selipar serta seutas jam tangan bersamanya manakala tiada dokumen peribadi milik lelaki itu dijumpai," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Port Dickson hari ini menemukan kesan tetakan pada bahagian tepi leher dan kepala mangsa serta punca kematiannya disebabkan luka kelar di leher.
Aidi Sham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Husairin Che Hussin menerusi talian 012-965 4927, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Port Dickson 06-646 2999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#dibunuh
#Jalan Seremban-Port Dickson
#Polis Daerah Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan