awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan maut atas pokok dokong

Bernama
Bernama
05/10/2023
15:08 MYT
Lelaki ditemukan maut atas pokok dokong
Ketika ditemui, mangsa didapati telah meninggal dunia dipercayai akibat lehernya tersangkut di celah dahan pokok dokong.
JERTIH: Seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak semalam ditemukan maut, pada ketinggian kira-kira enam meter di atas pokok dokong di Kampung Dusun Beliku, Hulu Besut, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa Saari Ghani, 53, ditemukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira 5 petang tadi, dan didapati telah meninggal dunia dipercayai akibat leher mangsa tersangkut di celah dahan pokok dokong.
"Lokasi kejadian kira-kira 200 meter di dalam kebun belakang rumah mangsa. Anggota bomba memanjat pokok itu dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM ) dan penduduk kampung, bagi menurunkan mangsa dari pokok tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata kira-kira pukul 9 pagi semalam, mangsa telah memberitahu isterinya Normah Siling, 53, bahawa dia hendak pergi memetik buah-buahan di kebun berkenaan, namun isteri mangsa mula berasa bimbang apabila mendapati beliau tidak pulang ke rumah, walaupun sehingga 7 malam.
"Setelah suaminya tidak pulang sehingga hari ini, Normah meminta saudaranya mencari mangsa pukul 10 pagi tadi. Namun tidak menemukan mangsa," katanya.
Abdul Rozak berkata lagi, isteri mangsa kemudian membuat laporan polis dan susulan itu operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan membabitkan polis, JBPM, APM dan penduduk kampung.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan awal polis mendapati tidak berlaku sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#pokok dokong
#polis
#Hulu Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan