awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditikam bertubi-tubi ditemui mati di tempat parkir kereta

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2015
03:40 MYT
Lelaki ditikam bertubi-tubi ditemui mati di tempat parkir kereta
Siasatan awal mangsa mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau berkaitan dadah dan polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian berkaitan dadah. - Foto Astro AWANI
Dipercayai angkara pergaduhan, seorang lelaki ditemui mati akibat ditikam bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki sehingga dia rebah di tengah-tengah tempat tempat meletak kereta, di Taman Anggerik, dekat Alor Setar, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.35 pagi itu, mangsa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditemui mati di tempat kejadian dengan terdapat beberapa kesan tikaman di badan.
Polis yang tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas menerima laporan orang awam menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang di tempat kejadian.
Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner, Mohd Nashir Ya, sebaik tiba di lokasi polis yang menjalankan siasatan turut menemui sebilah senjata tajam berada bersebelahan tubuh mangsa.
Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau berkaitan dadah dan polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian ada berkaitan dadah.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 149/302 merusuh berkumpulan menyebabkan kematian.
Polis sedang giat memburu pemilik kenderaan itu dengan meneliti rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang terletak di kawasan rumah kedai berhadapan lokasi kejadian bagi mengenal pasti suspek pembunuhan terbabit.
Topic Berkaitan
#bunuh
#jenayah
#Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner
#Mohd Nashir Ya
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan