SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Jumaat lepas ditemukan di atas bumbung sebuah kedai besi di Kampung Bukit Kapar, Meru semalam, dipercayai terjatuh dari pokok mangga berhampiran kedai itu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata pihaknya mendapat panggilan pada 7 malam semalam yang memaklumkan bahawa satu mayat dijumpai di atas bumbung kedai tersebut.
Beliau berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu bekerja mengambil upah mengecat di lokasi kejadian sejak seminggu yang lalu.
"Siasatan awal mendapati tiada kesan perlakuan jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Nurulhuda berkata saksi memberitahu si mati pernah beberapa kali memanjat pokok mangga di situ untuk mendapatkan buah dan dipercayai mangsa memanjat pokok itu untuk mengambil buah lalu terjatuh di atas atap dan tidak sedarkan diri sehingga mayatnya ditemui.
"Kali terakhir si mati dilihat pada petang Jumaat lalu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga mendapat keputusan bedah siasat," katanya.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 7.54 malam semalam.
Beliau berkata mangsa yang telah tiga hari dicari oleh keluarganya ditemui dalam keadaan sudah berulat.
"Kita tengok keadaan mayat itu dah berulat jadi kita lakukan kerja sanitasi dan menurunkan mangsa kemudian kita serahkan pada pihak polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021
Mangsa yang telah tiga hari dicari oleh keluarganya ditemui dalam keadaan sudah berulat. - Gambar hiasan
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat sini, 4.30 pagi semalam.
Panda gergasi tertua di Jepun mati akibat sakit jantung pada usia 28 tahun
Panda gergasi tertua di Jepun dilaporkan mati pada usia 28 tahun di Zoo Kobe Oji di bandar barat Kobe, menurut zoo itu hari ini, lapor Jiji Press.
Cik Kiah, ular sawa batik berusia 20 tahun sudah tiada
"Cik Kiah", seekor ular sawa batik betina seberat 220 kilogram yang pernah tular sebelum ini ditemukan mati semalam.
Tiga warga Myanmar maut akibat keracunan
Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Rompin hari ini dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat keracunan.
Hasrat tangkap ketam berakhir tragedi, lelaki maut digigit buaya
Mayat lelaki warga asing berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos ATM, Kampung Tanjung Batu, sekitar jam 7.20 pagi.
Lokimala, gajah tertua di Malaysia mati pada usia 86 tahun
Gajah tertua di negara ini, Lokimala mati di usia 86 tahun pada Jumaat akibat sakit tua selepas dibawa masuk dari Assam, India 22 Jun 1974.
18 migran termasuk kanak-kanak dijumpai mati dalam trak
Trak berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa kayu dan pendatang, yang disembunyikan dalam beberapa bahagian kenderaan tersebut.
Lelaki lari dari pengawasan polis di Parit Buntar ditemui mati
Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada beberapa anggota badan mangsa.
Tragedi Halloween Itaewon: Pegawai polis dalam siasatan ditemui mati
Lelaki berusia 55 tahun itu, dikenali sebagai Inspektor Jeong, merupakan seorang pegawai risikan yang bekerja dengan polis tempatan.
Ribuan burung mati di Kepulauan Farne
Renjer-renjer terpaksa memakai pakaian pelindung untuk mengambil bangkai-bangkai burung tersebut.