awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/01/2025
04:00 MYT
Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang 12 Jan lalu ditemui lemas di pesisir pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor semalam, 15 Jan 2025. - Foto PDRM
MANJUNG: Seorang lelaki berusia 87 tahun yang dilaporkan hilang empat hari lalu, ditemui lemas di pesisir pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata, kira-kira jam 11.24 pagi semalam, Balai Polis Pangkor telah menerima maklumat awam berkaitan penemuan mayat itu.
Menurutnya, anggota polis pergi ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat bagi mengesahkan kejadian berkenaan.
“Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian telah menemui seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pemeriksaan oleh pihak Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematian adalah lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.
Hasbullah berkata, hasil semakan pihak polis, warga emas itu didapati hilang pada Ahad 12 Jan lalu, berdasarkan laporan yang dibuat keluarganya di Johor Bahru.
Lelaki itu dimaklumkan telah keluar bersendirian.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh menyalurkannya ke Balai Polis Pangkor di talian 05-6851222 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 dan hotline Whatsapp 014-6828005.
Topic Berkaitan
#lemas
#Pulau Pangkor
#polis Manjung
#warga emas hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan