awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Kemboja 'kantoi' curi duit tabung masjid

Intan Zalila Baharudin
Intan Zalila Baharudin
02/05/2018
07:11 MYT
Lelaki Kemboja 'kantoi' curi duit tabung masjid
Lelaki warga Kemboja ini ditahan polis selepas didapati mencuri duit tabung masjid di Masjid Al Ansar di Bandar Meru Raya di Ipoh.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Seorang lelaki warga asing berpura-pura mengaji al-Quran sebaik sahaja menyedari kehadiran polis selepas 'memancing' duit tabung di Masjid Al Ansar di Bandar Meru Raya, di sini, hari ini.
Bagaimanapun usaha lelaki warga Kemboja berusia 31 tahun itu gagal mengaburi pihak berkuasa selepas kegiatannya mencuri duit tabung masjid berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya mendapat maklumat melalui panggilan telefon daripada pengurusan masjid memaklumkan kegiatan itu pada pukul 4.05 pagi.
"Pihak masjid memaklumkan melalui pengawasan CCTV terdapat seorang lelaki yang masuk ke kawasan masjid dan mencuri duit tabung.
"Berdasarkan maklumat itu, sepasukan anggota Balai Polis Jelapang dikerahkan ke masjid terbabit kira-kira 10 minit kemudian dan sebaik sahaja tiba mendapati seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan berkain pelikat sedang duduk di kaki lima masjid bersebelahan tabung.
"Lelaki berkenaan dipercayai berpura-pura mengaji al-Quran dan hasil pemeriksaan dilakukan, polis menemui wang tunai dalam poket baju berjumlah RM160," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Ali berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat beberapa peralatan mencuri yang disembunyikan dalam lipatan kain pelikat suspek.
"Kabel berkenaan dipercayai digunakan untuk mecungkil duit tabung masjid dan suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.
Topic Berkaitan
#CCTV
#curi
#Ipoh
#Ketua Polis Daerah Ipoh
#Mohd Ali Tamby
#tabung masjid
#warga Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan