GERIK: Seorang lelaki yang lari daripada pemeriksaan polis ditemui mati dalam keadaan terapung di Sungai Perak dekat Kampung Jagor di sini pada Sabtu.
Mangsa ditemui sekitar jam 5.40 petang oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, mayat mangsa berjaya dibawa ke jeti Kampung Jagor hasil operasi dijalankan bersama bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Menurutnya, berdasarkan siasatan dijalankan, mangsa adalah individu sama yang meloloskan diri dalam Op Tapis dijalankan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada Khamis lepas.
"Semasa operasi dijalankan berhampiran Titi Batu 6 Bersia itu, mangsa telah melarikan diri ke arah sungai dan tidak dapat dikesan.
"Operasi mencari telah dijalankan sehinggalah mangsa dijumpai semalam (Sabtu)," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa di Hospital Gerik mendapati, punca kematian tidak dapat dipastikan kerana keadaan mayat telah reput.
Bagaimanapun katanya, pemeriksaan dijalankan mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa.
"Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian," katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 28 2024

Mayat lelaki ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Perak dekat Kampung Jagor pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Latihan simulasi di laluan utama ASEAN-GCC, esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 20 Mei 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 20 Mei 2025
1️⃣ Pemandu lori terlibat didakwa curi lembu
2️⃣ Polis siasat portal berita dakwa penemuan mayat Pamela
3️⃣ Latihan simulasi di laluan utama ASEAN-GCC, esok
#awaniringkas
1️⃣ Pemandu lori terlibat didakwa curi lembu
2️⃣ Polis siasat portal berita dakwa penemuan mayat Pamela
3️⃣ Latihan simulasi di laluan utama ASEAN-GCC, esok
#awaniringkas

Perunding dagangan emas didakwa terima deposit lebih RM1 juta tanpa lesen sah
Seorang perunding perdagangan emas dan pertukaran wang asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit berjumlah RM1.18 juta tanpa lesen sah.

Sultan Nazrin berkenan sampai anugerah cemerlang Universiti Malaya
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) berkenan menyampaikan anugerah kepada warga UM dan badan korporat pada majlis ACUM 2024 di sini hari ini.

Jelajah 'Kita Keadilan' platform untuk penyatuan, perkukuh PKR - Fuziah
Siri Jelajah "Kita KEADILAN" yang berakhir pada Ahad di Sarawak, berfungsi sebagai platform untuk menyatupadukan dan mengukuh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

DUN Sarawak lulus RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025
RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2025 yang dibentangkan pada Persidangan DUN Sarawak hari ini bertujuan menyediakan mekanisme rasmi bagi pendaftaran tanah wakaf dalam rekod daftar tanah.
Agenda AWANI: Operasi 'Gideon's Chariots' | Israel Gempur Gaza!
Bumi Gaza terus bermandi darah dengan serangan terbaharu Israel menerusi operasi ‘Gideon’s Chariots’ melalui jalan darat. Apa pula alasan dan ‘muslihat’ terbaharu di sebalik serangan Zionis kali ini? Diskusi 9 malam

Warga emas disaran dapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan terpilih
Warga emas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit komorbid atau kronik disaran mendapatkan vaksin influenza secara percuma menerusi program Imunisasi Influenza Warga Emas di fasiliti kesihata
![[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik [KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-05/51747733247_tbperhimpunanPKR.jpg)
[KOLUMNIS] Keberanian PKR dalam mencorakkan masa depan politik
KEBERANIAN PKR DALAM MENCORAKKAN MASA DEPAN POLITIK

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajib dipertandingkan - Syed Rosli Jamalullail
UMNO Cawangan Pandan Tengah menegaskan, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti wajib dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2026 nanti.

Lelaki lari pemeriksaan polis ditemui mati di Sungai Perak
Seorang lelaki yang lari daripada pemeriksaan polis ditemui mati dalam keadaan terapung di Sungai Perak dekat Kampung Jagor Gerik pada Sabtu.