Seorang lelaki lemas ketika menjala ikan di Empangan Timah Tasoh dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Muhamad Halim Yatim berkata mangsa, Zulkifli Adam, 54, keluar menjala di empangan itu bersama enam saudaranya pada 12 tengah hari.
"Mereka berpecah kepada dua kumpulan ketika menjala. Mangsa bersama seorang saudaranya dalam satu kumpulan manakala empat lagi dalam satu kumpulan.
Mangsa dikatakan telah turun ke dalam air seorang diri dan saudaranya menunggu di darat sebelum mendapati mangsa tiba-tiba hilang," katanya ketika dihubungi di sini.
Muhamad Halim berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5.05 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama pihak bomba.
"Mangsa berjaya dijumpai pada 6.30 petang bersama jala yang digunakannya," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk di bedah siasat. --BERNAMA
Bernama
Sun Jun 17 2018
Seorang lelaki lemas ketika menjala ikan di Empangan Timah Tasoh. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Cuaca kering: Bekalan air di Empangan Timah Tasoh dihadkan untuk kegunaan domestik
Setakat semalam, bacaan aras takungan air yang direkodkan bagi empangan itu sebanyak RL26.90m, iaitu pada aras amaran dengan kapasiti takungan air semasa sekitar 38.5 peratus.
Dua maut, seorang selamat bot karam di Empangan Timah Tasoh
Kejadian berlaku ketika mereka menjala ikan di empangan itu semasa angin kencang kira-kira 4 petang tadi.
Kerajaan Perlis minta kerajaan pusat lakukan pembenihan awan
Kerajaan negeri Perlis meminta kerajaan pusat melakukan pembenihan awan di negeri ini segera berikutan paras air Empangan Timah Tasoh berada pada paras kritikal 26.40 meter.