awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mati dibunuh, isteri antara empat ditahan bantu siasatan

Bernama
Bernama
03/11/2024
15:31 MYT
Lelaki mati dibunuh, isteri antara empat ditahan bantu siasatan
Polis terima laporan daripada isteri mangsa pada hari kejadian dengan mendakwa suaminya meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh.
LAHAD DATU: Isteri mangsa antara empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun di sebuah simpang di Batu 3, Jalan POIC di sini, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Jimmy Panyau berkata pihaknya menerima laporan daripada isteri mangsa pada pukul 12.43 tengah hari pada hari kejadian dengan mendakwa suaminya meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh.
Menurutnya pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan kesan tikaman di dagu sebelah kanan, tetakan di belakang kepala dan dahi kiri serta lebam di dada kanan, bahagian belakang dan pinggang.
"Mayat terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jimmy berkata susulan kejadian itu, dua suspek lelaki dan isteri mangsa ditahan pada hari kejadian manakala seorang lagi suspek lelaki ditahan semalam.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan secara terperinci daripada pelbagai sudut.
Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki dibunuh
#polis
#isteri ditahan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan