awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saluran aduan rasmi Majlis Media Malaysia kini dibuka
Tan Sri antara dua ditahan kes penipuan pelaburan lebih RM300 juta - Azam
Kes pelajar UniSZA maut: Pemandu didakwa mencuri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut bot karam di Kinabatangan

Bernama
Bernama
21/07/2025
08:50 MYT
Lelaki maut bot karam di Kinabatangan
Mayat mangsa diusung oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis. - Gambar/ Bernama
KINABATANGAN: Seorang lelaki maut selepas bot dinaiki bersama tiga rakannya karam di sungai berhampiran Ladang Temenggong di sini semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki, Adzly Kassim, maut selepas bot yang dinaiki bersama tiga rakannya karam ketika memancing di sungai berhampiran Ladang Temenggong; mayat ditemukan penduduk kampung kira-kira 15 meter dari lokasi bot karam.
  • JBPM menerima panggilan pada 11.49 pagi dan tiba di lokasi sejauh 115 kilometer dari balai bomba pada jam 3 petang, menggunakan bot penduduk kampung untuk operasi mencari mangsa di permukaan air.
  • Tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri, manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut; operasi ditamatkan pada jam 7 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Hairi Otuh berkata mayat Adzly Kassim, 46, ditemukan penduduk kampung pada 6.30 petang, kira-kira 15 meter dari jarak bot dilaporkan karam.
"Sebelum itu, pihak bomba menerima panggilan daripada polis pada 11.49 pagi memaklumkan bot dinaiki empat lelaki karam semasa memancing ikan, namun tiga lelaki berjaya menyelamatkan diri manakala seorang dilaporkan hilang.
"Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian berjarak 115 kilometer dari balai bomba pada 3 petang dan menggunakan bot penduduk kampung untuk mencari mangsa di permukaan air," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 7 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#Kinabatangan
#mangsa lemas
#pemancing hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan