awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dikelar kerana tagih hutang

Bernama
Bernama
24/04/2018
15:09 MYT
Lelaki maut dikelar kerana tagih hutang
Keadaan mangsa yang maut akibat cedera teruk, sambil diratapi adik iparnya. - Foto: Ihsan pembaca
Seorang lelaki maut akibat dikelar di leher, dipercayai kerana menagih hutang sebanyak RM300, dalam satu kejadian di Km7 Jalan Tengah Nipah berhampiran Taman Warisan 4, dekat sini tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata kejadian 1.25 petang itu turut menyaksikan adik ipar mangsa berusia 11 tahun cedera diserang oleh suspek.
Kejadian berlaku ketika mangsa, seorang warga tempatan berusia 30 tahun, sedang memandu kereta yang turut dinaiki oleh suspek dan adik ipar mangsa, katanya dalam kenyataan, di sini.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu mengambil adik iparnya dari sebuah sekolah sebelum singgah mengambil suspek.
"Dalam perjalanan mengambil suspek, kanak-kanak itu tertidur dan terbangun apabila diserang oleh suspek dari belakang menggunakan senjata pisau jenis barong," katanya.
Beliau berkata suspek dipercayai mengelar mangsa di bahagian leher sehingga menyebabkan kereta yang dipandu terbabas ke tepi jalan dan mangsa bertindak keluar dari kereta serta cuba melarikan diri namun dikejar oleh suspek.
Beliau berkata suspek kemudian melarikan diri dan polis sedang giat memburu lelaki tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#kelar
#mangsa
#parang
#tagih hutang
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan