awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dikelar sekumpulan lelaki

Bernama
Bernama
17/05/2013
12:39 MYT
Lelaki maut dikelar sekumpulan lelaki
Seorang lelaki maut setelah parah dikelar di leher oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali di sebuah pusat karaoke di Terminal 2.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa Mohd Hairulnizam Hanafiah, 23, dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam di bahagian leher, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamarudin berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dipercayai bersama tujuh rakannya, ke pusat hiburan terbabit pada 12 tengah malam.
"Ketika berada di sebuah bilik di pusat hiburan terbabit, mangsa tiba-tiba keluar kerana terdengar ada pergaduhan di bilik lain. Tapi selepas satu jam rakan mangsa mula berasa tidak sedap hati selepas melihat mangsa yang keluar tidak lagi masuk ke bilik karaoke tempat mereka berkumpul," katanya.
Beliau berkata rakan mangsa kemudian keluar mencari mangsa dan terkejut selepas mendapati mangsa duduk bersandar di pintu keluar pusat hiburan berkenaan dengan keadaan lehernya berlumuran darah.
Saiful Azly berkata polis mengenal pasti seorang suspek berhubung kejadian itu dan meminta mereka yang lain supaya tampil menyerah diri di balai polis.
Topic Berkaitan
#ACP Saiful Azly Kamarudin
#bunuh
#karoeke
#kelar
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan