awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dipukul dengan tukul

Sinar Harian
Sinar Harian
01/08/2022
22:45 MYT
Lelaki maut dipukul dengan tukul
Mior Faridalathrash berkata, mangsa berusia 37 tahun itu pada awalnya ditemui tidak sedarkan diri oleh abangnya dalam keadaan terbaring dan berselimut sebelum disahkan meninggal dunia. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Seorang lelaki warga asing ditemui maut di dalam sebuah rumah di Buntong, di sini, dipercayai dipukul dengan menggunakan tukul besi pada Ahad.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berusia 37 tahun itu pada awalnya ditemui tidak sedarkan diri oleh abangnya dalam keadaan terbaring dan berselimut sebelum disahkan meninggal dunia.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kes mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada badan lelaki tersebut begitu juga di sekitar tempat kejadian.
"Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang dijalankan pada Isnin mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan pada bahagian perut akibat pukulan objek tumpul.
"Oleh itu, kes ini telah diklasifikasikan semula dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mior Faridalathrash berkata, susulan itu pihak polis berjaya menangkap empat individu warga asing yang merupakan adik-beradik, bapa saudara dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.
Menurutnya, tangkapan kesemua lelaki berusia di antara 33 hingga 46 tahun itu dibuat pada jam 1.15 tengah hari pada Isnin di sekitar Buntong, di sini.
Jelasnya, pihak polis juga turut menemui sebatang tukul besi yang dipercayai digunakan sebagai senjata dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa.
Beliau berkata, kesemua mangsa akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan lanjut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mior Faridalathrash Wahid
#Buntong
#tukul besi
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan