awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dirempuh lori

Sinar Harian
Sinar Harian
10/02/2022
22:20 MYT
Lelaki maut dirempuh lori
Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan di Jalan Persiaran Ilmu, berhampiran Simpang Desa Kasia pagi Khamis. -Foto Sinar Harian
NILAI: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Persiaran Ilmu, berhampiran Simpang Desa Kasia, di sini pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, mangsa berusia 35 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Nilai sebelum terlibat kemalangan kira-kira jam 8 pagi.
Menurut beliau, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC bekerja sebagai pemandu di pusat pengajian itu dari arah Sepang menghala ke Nilai.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 66 tahun dipercayai secara tiba-tiba membuat pusingan U di kanan jalan dan terlanggar penunggang berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Tambah beliau, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tersepit di bawah lori.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#motosikal dirempuh lori
#Mohd Fazley Ab Rahman
#Hospital Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan