awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut disambar petir di Langkawi

Bernama
Bernama
13/11/2025
01:50 MYT
Lelaki maut disambar petir di Langkawi
Seorang lelaki maut disambar petir ketika pulang daripada memancing bersama rakan-rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru, dekat Langkawi, semalam. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang lelaki maut disambar petir ketika pulang daripada memancing bersama rakan-rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru, dekat Langkawi, semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata, Ishak Hashim, 57, dari Kampung Berjaya, Langkawi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
"Mangsa yang juga pemilik bot keluar memancing bersama tiga rakannya pada 8 pagi melalui jeti nelayan itu. Kira-kira 7.20 malam mereka semua pulang semula ke jeti selepas selesai memancing dan ketika itu hujan dan semuanya berlindung di bawah bumbung jeti berkenaan.
"Sebelum itu, mangsa sempat mencuci bot dan menunaikan solat maghrib sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah walaupun dalam keadaan hujan kerana sudah basah dan tidak tahan sejuk," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata semasa hendak mengambil batang pancing, mangsa disambar petir sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke bawah jeti.
"Orang awam yang berada di situ turut membantu mengangkat mangsa naik ke atas bot sebelum dibawa ke darat. Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital kira-kira 8.35 malam sebelum disahkan meninggal dunia sejam kemudian.
Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#disambar petir
#Jeti Nelayan Teluk Baru
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan