awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut disengat tebuan tanah

Bernama
Bernama
25/12/2023
04:03 MYT
Lelaki maut disengat tebuan tanah
Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti permotoran berhampiran Felda Tenang. - Gambar hiasan/Unsplash
SEGAMAT: Seorang lelaki maut disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis, dekat Segamat, petang semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, PBK II Hairisyah Wahid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 petang semalam dan seramai tujuh anggota berserta sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS telah digerakkan ke lokasi.
Beliau berkata setibanya di lokasi, terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Halmi Tahrin, 42, telah disengat tebuan tanah.
"Mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dari Klinik Kesihatan Labis.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian dan menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan yang selanjutnya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#tebuan tanah
#Segamat
#disengat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan