awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut diserang babi hutan ketika ke kebun

Aida Aziz
Aida Aziz
06/11/2022
13:45 MYT
Lelaki maut diserang babi hutan ketika ke kebun
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas diserang seekor babi hutan di Jalan Kampung Paya Ara, hari ini. - Foto Sinar Harian
PANTAI REMIS: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas diserang seekor babi hutan di Jalan Kampung Paya Ara, di sini hari ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Syaiful Anuar Abdul Wahab, 46, dikatakan sedang dalam perjalanan ke kebunnya, sebelum diserang babi tersebut.
Dua lagi lelaki, masing-masing berusia sekitar 49 dan 60 tahun cedera ringan ketika mahu membantu mangsa daripada serangan berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.05 malam.
"Mangsa maut di tempat kejadian dan dua lagi cedera akibat ingin membantu mangsa daripada diserang babi itu.
"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis tiba di lokasi kejadian bersama pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Anggota bomba membantu dengan memberi pencahayaan kepada pihak polis untuk menembak haiwan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis manakala cedera kepada pihak KKM bagi rawatan susulan.
Topic Berkaitan
#diserang babi hutan
#Jalan Kampung Paya Ara
#Syaiful Anuar Abdul Wahab
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan