Lelaki maut ditembak di restoran

Seorang lelaki maut dipercayai ditembak ketika sedang makan di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan pada Rabu. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang lelaki maut dipercayai ditembak di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini pada Rabu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut dipercayai ditembak semasa makan di restoran di Nusari Biz Sendayan pada Rabu.
- Saksi melaporkan mangsa berlari ke seberang jalan selepas didekati dua kenderaan sebelum terdengar bunyi tembakan.
- Ketua Polis Daerah Seremban menyatakan pihak polis menerima laporan kejadian pada jam 11.23 malam dan kes masih dalam siasatan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 11.23 malam.
"Semasa anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di lokasi.
"Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


