SERDANG: Seorang lelaki ditemui maut dipercayai ditetak di hadapan sebuah kedai makan di Jalan BS 6/8 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira jam 5.56 pagi mengenai mangsa yang ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.
"Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 tahun dan beralamat di Taman Bukit Serdang.
"Siasatan mendapati mangsa telah dibunuh dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, pemeriksaan dijalankan mendapati mangsa mengalami kesan tetakan pada bahagian muka, leher dan tangan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.
"Polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan dan menangkap kesemua suspek yang terlibat serta dipercayai masih bebas," katanya.
Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 03 2022
Seorang lelaki ditemui maut dipercayai ditetak di hadapan sebuah kedai makan di Jalan BS 6/8 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada Ahad. -Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
Kes bunuh teman wanita hamil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang
Pada prosiding hari ini Muhammad Fakrul Aiman, yang juga bekas penuntut kolej diwakili peguam Muhammad Nor Tamrin.
Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Wanita, dua anak ditemukan mati tergantung, polis tahan suami
Lelaki itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek kes Bella didakwa pagi ini
Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal anak dua berumur 32 tahun itu dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Laporan mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang Disember lalu.
Kes bunuh dan tanam: Lima lagi termasuk dalang utama ditahan
Polis menahan lima lagi individu termasuk dalang utama yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan ditanam dalam belukar di Sungai Choh, pada Sabtu.
Lelaki tikam wanita bertubi-tubi selepas makan bersama diberkas
Seorang lelaki diberkas selepas menikam seorang wanita sehingga maut dalam kejadian berdekatan sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi dekat sini pada Isnin.
Tiga suspek direman 3 hari bantu kes peniaga maut ditikam 27 kali
Ketiga-tiga suspek yang berusia 29 hingga 42 tahun ditahan di sekitar Jelutong pada jam 7.30 malam selepas gerakan memburu suspek dijalankan.