IPOH: Seorang lelaki maut dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di Taman Silibin di sini pada Rabu.
Kejadian jam 9 malam itu disyaki berlaku akibat pertengkaran membabitkan mangsa berusia 35 tahun bersama sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian diterima daripada Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira jam 4.15 pagi Khamis.
Menurutnya, polis dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang dibawa oleh rakannya ke hospital itu telah meninggal dunia akibat kecederaan.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat luka tikaman pada dada.
"Sehubungan itu, kes telah diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, polis kemudian menahan tiga lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan.
Pada masa sama, katanya, polis sedang mengesan seorang lagi lelaki warga tempatan dikenali sebagai S Alphonsus, 40, beralamat di Jalan Calcutta, Buntong bagi membantu siasatan sama.
"Kita menyiasat punca kejadian kes ini daripada pelbagai sudut.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 017-4817800 atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222," kata beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 04 2021
Seorang lelaki maut dengan kesan tikaman di dada dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di Taman Silibin di sini pada Rabu. -Gambar hiasan
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Lelaki maut ditikam, bertengkar ketika mabuk
Kejadian jam 9 malam itu disyaki berlaku akibat pertengkaran membabitkan mangsa berusia 35 tahun bersama sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk.