LIPIS: Seorang lelaki maut dan dua wanita cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer (KM)18 Jalan Lipis-Benta di sini pada Isnin.
Kejadian kira-kira jam 7.39 pagi itu membabitkan kereta jenis Perodua Axia, Proton Saga dan dua Proton Persona.
Pemandu Axia, Nik Mohd Yusri Raja Abdullah,27 beralamat Bukit Beruntung, Rawang Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta sama iaitu kakak mangsa, Nik Norhidayu, 32 cedera akibat kemalangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, seorang lagi mangsa iaitu pemandu kereta Persona, Nur Izzati Yahya, 30 turut alami kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Axia bergerak dari arah Lipis menghala ke Benta yang dipandu lelaki itu bersama kakaknya.
"Apabila sampai di tempat kejadian, Axia tersebut telah memotong kenderaan lain di hadapannya tetapi gagal menyebabkan Axia itu melanggar tayar belakang Saga yang datang dari arah bertentangan.
"Ia menyebabkan seterusnya bertembung secara depan dengan Persona yang juga dari arah bertentangan.
"Akibat pelanggaran tersebut, Persona itu telah dianggar sebuah lagi Persona lain dari arah belakang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, kejadian menyebabkan pemandu Axia maut di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan manakala penumpang kereta itu dan pemandu Persona masih dalam rawatan di Hospital Kuala Lipis.
"Dua lagi iaitu pemandu kereta Saga dan Persona, masing-masing lelaki berusia 33 tahun tidak cedera.
"Kemalangan berlaku adalah berpunca daripada pemandu Axia yang memotong di garisan berkembar dan memasuki laluan bertentangan," tambahnya.
Dalam pada itu, Azli memberitahu kenderaan terlibat akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kerosakan kemalangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya lagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 17 2022

Antara kenderaan yang terbabit dalam nahas tersebut di KM 18 Jalan Lipis-Benta pada Isnin. -Foto ihsan PDRM
Universiti bukan lagi tempat selamat?
Gangguan seksual- bukan isu yang kecil. Apakah mekanisme sedia ada benar-benar melindungi mereka?
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
Ini laporan khas wartawan Astro Awani, Pia Ernadya.
JPN ambil serius siasatan EAIC, gariskan lima tindakan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil serius hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan menggariskan lima tindakan yang akan dan sedang diambil susulan hasil siasatan itu.
Pemandu lori terlibat didakwa curi lembu
Pemandu lori yang terlibat menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Selasa atas pertuduhan memindahkan harta curi, iaitu dua ekor lembu, bulan lalu.

PGA gagalkan cubaan seludup tanaman hiasan di Pasir Mas dan Tumpat
PGA menggagalkan cubaan menyeludup masuk tanaman hiasan dari negara jiran selepas menahan dua lori berasingan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Pasir Mas dan Tumpat, Ahad lepas.
Solat hajat, qunut nazilah untuk rakyat Palestin
Seluruh umat Islam di negara ini diseru menzahirkan solidariti dan keprihatinan terhadap penderitaan rakyat Palestin dengan melaksanakan solat Hajat dan Qunut Nazilah di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
[INFOGRAFIK] Pengurangan Tarif Import Timbal Balik AS-China
Berikut adalah info berkenaan dengan pengurangan tarif import timbal balik AS-China.
AWANI Borneo [20/5/2025] – Kebakaran | Sindiket Dadah | Tarif Trump
#AWANIBorneo bersama Jasmine Abu Bakar
- Nenek, cucu rentung rumah terbakar
- Dua lelaki ditahan bersama 2.5 kilogram syabu
- Tarif AS beri impak terhad ke atas Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Nenek, cucu rentung rumah terbakar
- Dua lelaki ditahan bersama 2.5 kilogram syabu
- Tarif AS beri impak terhad ke atas Sarawak
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Polis buru tiga suspek serangan simbah asid terhadap pemilik spa di Kelantan
Polis sedang giat mengesan tiga individu yang disyaki terlibat dalam serangan kejam menggunakan bahan dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa wanita, di Bachok.

Mara sasar tubuh hospital, kukuh ekosistem bumiputera dalam sektor perubatan
Mara menyasarkan untuk memperluas perkhidmatan kesihatan kendaliannya menerusi cadangan penubuhan Hospital Mara.
ASEAN 2025 | 20 Mei
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga beranak maut, Perodua Alza dirempuh treler
Kejadian melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan sebuah treler pengangkut kenderaan jenis Volvo.

Mekanik maut kereta rempuh penghadang
Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan sebelum merempuh bucu penghadang jalan yang menghala ke Lipis.

Lelaki maut, dua wanita cedera dalam nahas di Lipis
Kejadian kira-kira jam 7.39 pagi itu membabitkan kereta jenis Perodua Axia, Proton Saga dan dua Proton Persona.