awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kemalangan babit 10 kenderaan

Bernama
Bernama
18/09/2024
10:42 MYT
Lelaki maut kemalangan babit 10 kenderaan
Anggota JBPM Negeri Sembilan bertungkus lumus mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan. - Foto Bernama
SEREMBAN: Seorang lelaki maut manakala tiga cedera termasuk seorang wanita parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk dua lori membawa muatan batu di Lingkaran Tengah Seremban berdekatan stesen minyak Caltex di sini tengah hari tadi.
Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan I (KUP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Hamlan Ishak berkata lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan.
"Sebanyak lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berkaitan kejadian pada 1.28 tengah hari.
"Bomba mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang maut dengan bantuan kren kerana tersepit di bawah lori. Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Proton Saga, Perodua Axia, Perodua Myvi, Proton Persona, Nissan X-Trail, Perodua Kancil, Honda City dan Mitsubishi Triton," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, pemandu kedua-dua lori hanya mengalami cedera ringan.
Hamlan berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan sepuluh kenderaan
#JBPM
#kemalangan Seremban
#lelaki maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan