awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kemalangan libatkan tiga kereta

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
18/01/2023
04:15 MYT
Lelaki maut kemalangan libatkan tiga kereta
Beginilah keadaan kereta Proton Saga yang dipandu mangsa, A Suresh selepas terlibat dalam kemalangan di di Jalan Tebong berhampiran Taman Cahaya Tebong, Alor Gajah, malam tadi. - Gambar ihsan PDRM
ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tebong berhampiran Taman Cahaya Tebong, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa A. Suresh, 37, yang memandu kereta jenis Proton Saga disahkan maut di lokasi kejadian, manakala, dua lagi mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku apabila sebuah Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 35 tahun ingin membelok ke kanan sebelum mangsa yang datang dari arah sama memotong dan menyebabkan berlakunya rempuhan.
“Hasil siasatan awal mendapati Perodua Myvi yang dari arah Ayer Pasir ke Tebong telah membelok untuk masuk ke simpang rumahnya sebelum sebuah Proton Saga secara tiba-tiba memotong dari arah belakang sehingga berlaku rempuhan.
“Proton Saga itu kemudian terbabas dan melanggar pula sebuah Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan berumput,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kata Arshad, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat manakala kenderaan terlibat dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#kemalangan
#tiga kereta
#Taman Cahaya Tebong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan