awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dibuka
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika pikat burung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/08/2025
05:45 MYT
Lelaki maut kena renjatan elektrik ketika pikat burung
Mangsa (kanan) maut akibat renjatan elektrik ketika memikat burung menggunakan galah yang tersangkut pada kabel voltan tinggi di Kampung Bukit Tok Chom, Pendang. -Foto ihsan PDRM
PENDANG: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan arus elektrik ketika memikat burung di Kampung Bukit Tok Chom, di sini, pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 53 tahun maut akibat renjatan elektrik ketika memikat burung menggunakan galah yang tersangkut pada kabel voltan tinggi di Kampung Bukit Tok Chom, Pendang.
  • Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan melecur oleh orang awam, dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah terlibat.
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, mayat Sahrulnizam Ramli, 53, dari Kampung Hujung Ketun, ditemukan orang awam yang lalu di kawasan itu.
“Polis menerima laporan daripada orang awam menemui mayat seorang lelaki yang seluruh badan melecur dalam keadaan terbaring.
“Pegawai Penyiasat yang tiba di lokasi kejadian melakukan siasatan ke atas tubuh mangsa dan mendapati tiada tanda-tanda akibat daripada perbuatan jenayah.
“Pemeriksaan di sekitar kawasan telah menjumpai sebatang galah yang telah diubah suai untuk memikat burung dan masih tersangkut di kabel elektrik bervoltan tinggi yang digunakan mangsa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Rodzi berkata, motosikal jenis Modenas Kriss milik mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi mangsa terkena renjatan elektrik.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#Hospital Sultanah Bahiyah
#memikat burung
#galah tersangkut
#kabel voltan tinggi
#Sahrulnizam Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan