Lelaki maut kereta dipandu bertembung bas

Lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas dengan kereta di Jalan Krubong ke Sungai Badau, Melaka pada Ahad. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Pantai Belimbing, Krubong di sini pagi tadi.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 26 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Pantai Belimbing, Krubong. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
- Pemandu bas berusia 34 tahun menerima rawatan di Hospital Melaka atas kecederaan di kaki dan tangan kiri. Rakaman kamera papan pemuka bas diperoleh untuk siasatan lanjut di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu bas sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.57 pagi.
Christopher berkata pemandu bas berusia 34 tahun itu pula menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan di kaki dan tangan kiri.
Beliau berkata rakaman kamera papan pemuka daripada bas telah diperoleh dan pihaknya sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheng Mohd Norsyah Salleh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.40 pagi dan sebaik tiba, seorang lelaki berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan manakala seorang lagi lelaki tersepit di bahagian pemandu bas.
"Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.57 pagi," katanya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah punca kemalangan yang berlaku di Jalan Pantai Belimbing, Krubong? A: Kemalangan berlaku apabila kereta Toyota GR86 dipandu oleh lelaki berusia 26 tahun hilang kawalan dan melanggar bahagian hadapan bas yang datang dari arah Krubong Perdana.
- Q: Bagaimanakah keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut? A: Mangsa berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu bas berusia 34 tahun menerima rawatan di Hospital Melaka atas kecederaan di kaki dan tangan kiri.
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berkaitan kemalangan ini? A: Pihak berkuasa mengesan saksi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berdasarkan rakaman kamera papan pemuka bas yang diperoleh.
- Q: Berapakah waktu yang diperlukan bagi pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu bas? A: Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu bas sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.57 pagi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

