awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
JKM bantu pelajar UPSI alami kecacatan kekal mohon kad OKU
MALAYSIA
Jurutera rugi RM275,000 terperdaya penipuan pelaburan dalam talian
MALAYSIA
Bekas kerani tiket bas mengaku tidak bersalah pecah amanah lebih RM100,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lelaki maut kereta hilang kawalan, rempuh dua kenderaan parkir

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2025
02:50 MYT
Sponsor Banner
Lelaki maut kereta hilang kawalan, rempuh dua kenderaan parkir
Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya merempuh dua lagi kenderaan di Felda Bukit Aping Barat. - Foto IPD Kota Tinggi/Sinar Harian
KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh dua lagi kenderaan termasuk sebuah van yang diparkir di Jalan Teratai, Felda Bukit Aping Barat, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, maklumat mengenai kemalangan itu diterima daripada orang awam kira-kira jam 10.25 malam.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa hilang kawalan dan melanggar dua kenderaan yang diparkir di hadapan sebuah rumah iaitu sebuah Proton Wira dan sebuah van Toyota Hiace.
“Akibat pelanggaran tersebut, pemandu Proton Saga berusia 46 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan lebih berwaspada ketika memandu bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kota Tinggi
#kereta hilang kawalan
#kereta rempuh kenderaan parkir
#Felda Bukit Aping Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami