awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ketika mendaki Gunung Pulai

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
30/10/2022
06:33 MYT
Lelaki maut ketika mendaki Gunung Pulai
Pihak KKM bertindak membuat pemeriksaan dan mangsa telah disahkan meninggal di lokasi kejadian. - Ihsan JBPM
KULAI: Seorang lelaki maut ketika melakukan aktiviti pendakian di Puncak Gunung Pulai, Kampung Sri Gunung Pulai di sini, pagi Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Mohd Khairil Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.49 pagi tadi.
Katanya mangsa yang maut dikenali sebagai Tee Kok Soon, 55.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa telah pengsan di puncak gunung semasa melakukan aktiviti pendakian.
"Mangsa dipercayai mendaki secara berkumpulan ke Puncak Gunung Pulai namun ketika lebih kurang 300 meter pendakian, mangsa telah pengsan.
"PKO bertindak menuju ke lokasi mangsa pengsan menaiki kenderaan orang awam dan bertindak mengangkat mangsa ke dalam kenderaan untuk dibawa turun ke kaki gunung," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Mohd Khairil, setibanya di kaki gunung, pihak KKM bertindak membuat pemeriksaan dan mangsa telah disahkan meninggal di lokasi kejadian.
"Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#maut ketika mendaki
#Gunung Pulai
#JBPM
#pendakian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan