awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ugut KP Kelantan: Dipercayai ada kaitan lebih 100 kes along dibuka semula
Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16
Piala EFL: Manchester City cari tonik baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kren jatuh dari tingkat 11

Bernama
Bernama
15/04/2014
06:25 MYT
Lelaki maut kren jatuh dari tingkat 11
ACP Arjunaidi Mohamed - Gambar Fail
Seorang pengendali kren maut apabila kren yang dipandunya jatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan di tapak pembinaan di Ara Damansara, di sini pagi tadi.
Mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Johor, maut selepas terjatuh bersama kren yang patah kira-kira pukul 9 pagi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 9.01 pagi dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian.
"Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, semasa ditemui di lokasi kejadian seorang pekerja warga Pakistan dikenali sebagai Ali, 34, berkata beliau berada di tingkat bawah tanah bangunan terbabit ketika kejadian berlaku dan hanya menyedari selepas mendengar jeritan orang ramai.
"Saya dengar ramai orang jerit supaya lari dan keadaan menjadi kecoh sebelum melihat kren terbabit jatuh ke tanah," katanya yang baru tiga bulan bekerja di tapak pembinaan terbabit.
Kes disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#Ara Damansara
#kemalangan
#kren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan