awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut langgar lampu isyarat merah di simpang empat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/12/2022
02:59 MYT
Lelaki maut langgar lampu isyarat merah di simpang empat
Dalam kejadian jam 6.40 pagi ini, Muhamad Hanis yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 bertembung dengan kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 76 tahun. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI: Padah melanggar lampu isyarat seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta di simpang empat Jalan Lencong Barat, di sini, hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Muhamad Hanis Jaafar, 26 tahun, berasal dari Kampung Baru Sungai Durian, Bukit Jenun, Pendang.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di lokasi kejadian.
Menurutnya, dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, Muhamad Hanis yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 sedang bergerak dari arah Laguna Merbok menghala ke Sungai Jagung.
Pada masa sama, kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 76 tahun datang dari arah Semeling menghala ke Sungai Layar.
“Motosikal yang dinaiki mangsa gagal mengelak lalu melanggar kereta Perodua Viva di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat.
“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya menerusi satu kenyataan.
Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, untuk ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat.
Zaidy berkata, hasil siasatan awal polis berdasarkan keterangan saksi di tempat kejadian mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada penunggang motosikal yang tidak berhenti semasa lampu isyarat merah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#langgar lampu isyarat
#penunggang motosikal maut
#Sungai Petani
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan