awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut motosikal bertembung trak pikap

Sinar Harian
Sinar Harian
15/09/2023
04:49 MYT
Lelaki maut motosikal bertembung trak pikap
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan trak pikap di Kilometer 3 Jalan Jelor-Wakaf Bunut berhampiran Lubuk Setar, Pasir Puteh. -Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan trak pikap di Kilometer 3 Jalan Jelor-Wakaf Bunut berhampiran Lubuk Setar di sini pada Khamis.
Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa Wan Muhammad Faris Samsudin maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.
Pembonceng motosikal itu mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Wakaf Bunut menghala ke Jelor.
"Setiba di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa (dipercayai) memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh trak pikap yang datang dari arah hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.
Ujarnya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Zaizul Rizal memberitahu, individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 019-9386224. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wan Muhammad Faris Samsudin
#nahas motosikal dengan trak pikap
#Jalan Jelor-Wakaf Bunut
#Hospital Tengku Anis Pasir Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan