Perjalanan pulang seorang lelaki bertukar tragedi apabila dia tercampak lalu maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Lintas, di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Nazri Awang Abad, 27, yang berasal dari Kampung Tengah, Bongawan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari arah pusat bandar menuju ke rumahnya di Bongawan sebelum terlibat dalam kemalangan itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rakman berkata, siasatan awal mendapati sebaik sahaja mangsa tiba di lokasi kejadian, muncul sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun lalu merempuh mangsa.
“Kereta Perodua Axia dipandu lelaki itu gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang motosikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Tambah George, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu perodua axia itu yang disyaki mengekori rapat motosikal mangsa sehingga berlakunya rempuhan berkenaan.
“Pemandu Perodua Axia itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Ruzaini Zulkepli
Fri Oct 27 2017
Lelaki itu maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Lintas di sini malam tadi. - Gambar hiasan
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
'TMJ', 'RZ';: Ada peruntukan benarkan Menteri lulus
Peruntukan undang-undang sedia ada membenarkan nombor plat kenderaan istimewa didaftarkan di negara ini.
Lelaki maut, motosikal dirempuh kereta
Perjalanan pulang seorang lelaki bertukar tragedi selepas dia maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kenderaan dalam kejadian berhampiran di Jalan Lintas.