awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut motosikal terbabas masuk dalam masjid

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/12/2023
10:36 MYT
Lelaki maut motosikal terbabas masuk dalam masjid
Mangsa terpelanting dan terkena tiang ruang solat masjid sebelum meninggal dunia. - Gambar/ Media sosial
KULIM: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan memasuki ke ruang solat di Masjid Guar Lobak, Padang Serai di sini pada Jumaat.
Mangsa berusia 20-an itu dipercayai menunggang motosikal seorang diri dalam kejadian jam 5.45 pagi.
Menurut saksi kejadian, Shukri Mohamad yang juga bilal masjid berkenaan, motosikal itu tiba-tiba meluru masuk dengan laju dan melanggar tiang dalam masjid.
“Kejadian itu berlaku di depan mata... ketika itu saya baru sahaja sampai di masjid itu melakukan persiapan untuk melaungkan azan subuh.
“Secara tiba-tiba sebuah motosikal datang dengan laju dari arah Jalan Sidam Kanan dan terus memasuki ke dalam kawasan masjid.
"Motosikal yang ditunggangi seorang lelaki itu merempuh kolah masjid sebelum terbabas ke ruang solat.
"Mangsa terpelanting pada dua tiang di hadapan manakala motosikalnya pula terjatuh kira-kira tiga meter dari mangsa.
“Saya terus meluru ke arah mangsa dan ketika itu ternampak dia berlumuran darah. Saya sempat mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah dan turut dibantu jemaah lain tiba tidak lama kemudian.
"Saya bersama beberapa jemaah lain kemudian menghubungi ambulans serta pihak polis,” katanya.
Topic Berkaitan
#maut dalam masjid
#kemalangan dalam masjid
#Kedah
#mati dalam masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan