awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, pembonceng cedera motosikal dirempuh lori

Aida Aziz
Aida Aziz
06/02/2020
03:45 MYT
Lelaki maut, pembonceng cedera motosikal dirempuh lori
Motosikal yang dinaiki dipercayai dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori yang tidak dikenalpasti. Astro AWANI
Lelaki maut dan pembonceng cedera selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah lori dari arah belakang di Kilometer (KM) 245.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ibrahim berkata,
Ketika kejadian jam 8.50 malam itu, mangsa, Cheng Seng Kit, 43 tahun, dan pembonceng, Cheng Poo Sang, 76 tahun, sedang dalam perjalanan menuju selatan, dari arah utara.
Katanya, ketika mangsa sedang menuju ke lorong kiri, dipercayai motosikal yang dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori secara tiba-tiba.
"Motosikal yang dinaiki dipercayai dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori yang tidak dikenalpasti sehingga menyebabkan mangsa dan pembonceng terjatuh ke atas jalan.
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pembonceng mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya, usaha mencari dan mengesan lori yang dipercayai terlibat dalam kemalangan ini giat berjalan.
Razali berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kes diklasifikasikan mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Hospital Raja Permaisuri Bainun
#kemalangan
#Kuala Kangsar
#Lori
#maut
#meninggal dunia
#motosikal
#pembonceng
#Razali Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan