awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut selepas terperangkap insiden runtuhan konkrit di Balakong

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2019
22:21 MYT
Lelaki maut selepas terperangkap insiden runtuhan konkrit di Balakong
Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mayat mangsa warga Bangladesh, Abdullah, 49, yang tersepit di celahan batu konkrit dalam kejadian runtuhan di Kampung Baharu Balakong. - Foto Bernama
Mayat seorang buruh binaan yang terperangkap dalam runtuhan konkrit di sebuah kilang dalam pembinaan di Kampung Baru Balakong, di sini berjaya dikeluarkan pasukan bomba pada jam 9.18 malam tadi.
Mayat mangsa warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdul, 49, itu berjaya dikeluarkan selepas lebih empat jam operasi mencari dan mengeluarkan mayat dijalankan bermula kira-kira jam 5 petang pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman, berkata kedudukan mangsa yang tersangkut dicelah konkrit di bahagian bumbung bangunan empat tingkat itu agak menyukarkan operasi menyelamat.
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas lebih empat jam operasi mencari dan mengeluarkan mayat dijalankan. - Foto Bernama
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas lebih empat jam operasi mencari dan mengeluarkan mayat dijalankan. - Foto Bernama
“Bomba mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bahagian beam (palang) dimana berlaku runtuhan dan proses untuk menebuk beam berkenaan mengambil masa yang agak panjang.
“Namun begitu dengan adanya peralatan walaupun mengambil masa kita terpaksa buat dengan berhati-hati kerana risiko kepada pasukan penyelamat,” katanya ketika ditemui di lokasi kajadian.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital Serdang untuk bedah siasat. - Foto Bernama
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital Serdang untuk bedah siasat. - Foto Bernama
Azmi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke hospital Serdang untuk bedah siasat.
Tambah beliau, pasukannya turut menjalankan pemeriksaan di sekitar bangunan dalam pembinaan itu bagi memastikan ia selamat untuk kerja-kerja pembinaan dan didapati bangunan itu masih selamat untuk kerja-kerja pembinaan.
Dalam kejadian sekitar jam 4.30 petang itu, mangsa bersama rakannya juga warga Bangladesh, Iqbal Hussein, 31, dikatakan sedang mengeluarkan konkrit berkenaan sebelum terjatuh dan menghempap mereka.
Rakan mangsa yang patah kaki kanan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
Topic Berkaitan
#BALAKONG
#Bangladesh
#bomba
#Hospital
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kajang
#mangsa
#maut
#mayat
#operasi
#polis
#runtuhan konkrit
#Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan