awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, seorang lagi cedera ditembak

Bernama
Bernama
10/12/2025
07:15 MYT
Lelaki maut, seorang lagi cedera ditembak
Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak dua suspek menaiki motosikal dalam kejadian di Jalan Rasah-Mambau menghala ke Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata dalam kejadian sekitar 7.30 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di sini, manakala seorang lagi lelaki berusia 47 tahun masih menerima rawatan.
"Siasatan awal mendapati dua suspek lelaki menaiki sebuah motosikal telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin kereta dinaiki kedua-dua mangsa.
"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama.
Alzafny berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
"Kita masih mengesan individu yang disyaki terlibat," katanya.
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#Negeri Sembilan
#PDRM
#Azahar Abdul Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan