Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut terjatuh ketika rombak perancah di tapak pembinaan

71770254780_mayatgeneric.jpg
Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar hiasna
Advertisement

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga asing maut selepas terjatuh ketika menjalankan kerja-kerja merombak perancah di tingkat lapan sebuah bangunan di tapak pembinaan di sini Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang Hairozie Asri berkata insiden itu menyebabkan runtuhan struktur sementara (catch platform), yang menampung struktur perancah.

"Dalam insiden pada 6.15 petang itu mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Arahan menghentikan aktiviti kerja berkaitan, dan larangan kacau ganggu di kawasan kejadian telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17, Seksyen 18A dan Seksyen 18B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] serta peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement