awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika lakukan kerja selenggara

Petrus Bernard
Petrus Bernard
30/01/2022
09:35 MYT
Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika lakukan kerja selenggara
Lelaki berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Foh Soon Kong itu ditemukan orang awam sekitar jam 10.20 pagi. - Foto Astro AWANI
TAWAU: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya bersebelahan Taman Eastern, Lorong 2, Rumah Kampung Tawau, di sini, pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen JR berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 berkaitan kejadian itu pada jam 10.32 pagi.
"Lapan pegawai dan anggota dengan aset jentera FRT dan sebuah van EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 6 kilometer.
"Bagaimanapun, mangsa, Foh Soon Kong, 41 tahun, seorang kontraktor, didapati tergantung di tiang elektrik ketika pasukan bomba tiba.
"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan," katanya.
Pihak bomba menurunkan mangsa menggunakan tangga selepas kerja-kerja memutuskan bekalan elektrik oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tawau untuk tindakan lanjut.
Operasi menyelamat tamat pada jam 11.36 pagi.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.
Topic Berkaitan
#Tawau
#terkena renjatan elektrik
#kerja penyelenggaraan
#Kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan