awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, wanita dan bayi cedera parah dalam kemalangan

Bernama
Bernama
23/06/2024
15:55 MYT
Lelaki maut, wanita dan bayi cedera parah dalam kemalangan
Ashari berkata mangsa yang maut ialah pemandu Perodua Bezza Mohammad Ariffin Abdullah Thani akibat kecederaan parah pada kepala dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Alor Gajah pada 9.07 malam tadi. - Gambar Astro AWANI
ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita dan bayinya yang berusia tujuh bulan cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) - Rembia di sini, lewat petang tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa yang maut ialah pemandu Perodua Bezza Mohammad Ariffin Abdullah Thani, 33, akibat kecederaan parah pada kepala dan operator kilang itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Alor Gajah pada 9.07 malam tadi.
Beliau berkata wanita berusia 30 tahun yang memandu Proton Saga dan bayi perempuannya pula dirawat di zon merah Hospita Melaka akibat kecederaan parah pada kepala.
"Kemalangan turut menyebabkan seorang lagi penumpang Proton Saga iaitu wanita berusia 24 tahun cedera pada beberapa anggota badan dan dirawat di zon kuning hospital sama," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata polis menerima maklumat berkaitan kemalangan melibatkan Perodua Bezza dari arah Melaka menghala Alor Gajah dan Proton Saga dari arah bertentangan itu pada 7.07 malam.
Kemalangan itu katanya dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Saga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perodua bezza
#laluan bertentangan
#cedera parah
#Proton Saga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan