awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2024
01:50 MYT
Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah pagi ini bagi permohonan reman siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto Sinar Harian
BATU GAJAH: Lelaki yang menyerah diri kepada polis dan mengaku membunuh isterinya di sebuah bilik hotel di sini direman selama tujuh hari sehingga 27 Jun depan.
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.
Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek tiba di Mahkamah Majistret Batu Gajah jam 8.33 pagi dengan berpakaian baju Melayu dan berseluar lokap jingga diiringi polis.
Lelaki yang tidak bekerja itu ditahan semasa hadir di Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang semalam untuk menyerah diri selepas mengaku telah membunuh isterinya.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun ditemui dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata pisau.
Polis memaklumkan, suspek dan mangsa hadir ke hotel itu secara berasingan, namun menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian.
Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh isteri
#hotel
#reman
#Mahkamah Majistret Batu Gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan