awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengamuk ditinggal isteri

Sinar Harian
Sinar Harian
19/10/2021
23:15 MYT
Lelaki mengamuk ditinggal isteri
Seorang lelaki ditahan disyaki mengamuk sehingga menyebabkan ketakutan kepada penduduk di sebuah flat di sini pada Ahad. -Gambar hiasan/Bernama
SUBANG JAYA: Seorang lelaki ditahan disyaki mengamuk sehingga menyebabkan ketakutan kepada penduduk di sebuah flat di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, bertindak atas aduan orang awam, sepasukan anggota polis telah menahan lelaki berusia 42 tahun itu pada jam 8 malam.
"Setibanya di lokasi, suspek dalam keadaan agresif, namun kita berjaya menahan dia untuk tindakan selanjutnya," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Abd Khalid berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami suspek setelah dia ditinggalkan isteri.
"Suspek juga mengalami tekanan apabila perniagaannya mengalami kerugian," jelas beliau bahawa sebelum ini, suspek pernah ditahan di wad psikiatri selama dua minggu.
"Suspek kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana masalah mental yang dihadapinya," katanya.
Abd Khalid turut menasihati orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan di balai polis yang berdekatan pada kadar segera untuk tindakan lanjut.
*Berita asal di Sinar Harian

Bagi yang memerlukan perkhidmatan sokongan emosi, boleh menghubungi talian tertera:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan) KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Topic Berkaitan
#mengamuk
#ditinggal isteri
#Abd Khalid Othman
#tekanan perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan