GOPENG: Lelaki yang bertindak agresif menghayun parang dan sabit di atas sebuah kereta peronda polis, di hadapan Balai Polis Gopeng semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Hasron Nazri Hashim berkata, suspek direman sehingga 12 September ini bagi membantu siasatan.
Semalam, suspek yang ditahan polis disahkan Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid sebagai positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.
Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas lelaki yang berusia lingkungan 61 tahun itu menunjukkan positif dadah jenis methamphetamine dan heroin.
BACA: Lelaki amuk hayun sabit positif dadah, ada rekod jenayah lampau
BACA: Lelaki amuk hayun galah sabit atas kereta peronda polis ditahan
Katanya, suspek juga didapati mempunyai 16 rekod lampau membabitkan pelbagai jenis kesalahan jenayah dan narkotik.
Kejadian berkenaan yang tular menerusi satu rakaman video, menunjukkan lelaki berkenaan telah memasuki kawasan Balai Polis Gopeng dengan menaiki sebuah motosikal dan membawa parang dan sabit bersamanya pada jam kira-kira 8 pagi.
Suspek dilihat melibaskan parang dan sabit berkenaan di hadapan pintu masuk balai, sebelum diberkas dengan bantuan pihak bomba yang menyembur air ke arahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Sep 09 2021
Dalam kejadian pada Rabu, suspek bertindak agresif dengan menghayun sabit dan parang di atas kereta peronda polis. - Gambar fail
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lelaki dipenjara lima tahun miliki parang di tempat awam
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memiliki parang di tempat awam.
Penganggur tidak mengaku salah cederakan 2 anggota polis guna parang
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Teluk Intan pada Khamis, atas empat pertuduhan termasuk mencederakan dua anggota polis dengan parang minggu lalu.
Pemuda didakwa libas abang dengan parang
Tertuduh, Muhammad Tuah Md Dali, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nariman Badruddin.
Duda mengaku bersalah pukul anak 12 tahun
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa atas tuduhan mencederakan anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, minggu lalu.
Video tular: Polis siasat kes sekumpulan lelaki amuk melibas kayu, parang
Rakaman video 28 saat itu memaparkan aksi ganas sekumpulan lelaki bergaduh dengan menetak serta melibas parang antara mereka.
Lelaki mengamuk hayun parang, sabit atas kereta peronda polis direman empat hari
Suspek direman sehingga 12 September ini bagi membantu siasatan.
Anak didakwa libas parang sampai putus tangan bapa
Akibat berang dengan tindakan ayahnya yang dipercayai sering memarahi ibu, seorang anak tergamak memotong tangan bapanya sehingga putus.
Suspek libas parang ditahan
Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, senjata merbahaya, kesalahan curi, khianat dan pecah rumah.