awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki meninggal dunia ketika berbasikal

Petrus Bernard
Petrus Bernard
23/10/2021
05:20 MYT
Lelaki meninggal dunia ketika berbasikal
Siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit jantung sebelum ini. - Astro AWANI
TAWAU: Seorang lelaki ditemui maut selepas dipercayai keluar beriadah menggunakan basikal di kawasan pondok perhentian bas Jalan Utara Hill Top Tawau, di sini kelmarin.
Mayat lelaki berumur 58 tahun itu ditemui kira-kira jam 4.25 petang oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.30 petang.
“Sebaik laporan diterima, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri itu.
“Bagaimanapun, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan keluar beriadah menggunakan basikal kira-kira jam 3.30 petang.
“Difahamkan lelaki itu kerap melakukan aktiviti mengayuh basikal bersendirian daripada rumahnya di kampung Tanjung Batu ke Taman Univilla untuk beriadah.
“Siasatan juga mendapati mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit jantung sebelum ini,” katanya.
Peter berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kementerian Kesihatan dan Forensik Hospital Tawau untuk mengesan punca kematian.
“Bedah siasat akan dijalankan setelah keputusan ujian saringan COVID-19 diperolehi bagi mengetahui punca kematian mangsa.
“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan awal tiada unsur jenayah,” katanya.
Topic Berkaitan
#maut
#basikal
#mati mengejut
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan