BALING: Pasukan Bomba dan Penyelamat Baling berjaya menurunkan seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Baling, di sini pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.13 tengah hari.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II KUP Osman Awang Besar tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengarahkan jentera BBP Baling ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.
"Setibanya di lokasi, didapati mangsa berusia 39 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas gunung dan tidak dapat turun ke kaki Gunung Baling.
"Mangsa didapati tidak sedarkan diri ketika melakukan pendakian gunung bersama rakan dan anggota bomba melakukan pendakian ke lokasi mangsa berada.
"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Jamil berkata, operasi turut disertai pihak polis, hospital dan malim gunung.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Mar 05 2024
Mangsa didapati tidak sedarkan diri ketika melakukan pendakian gunung bersama rakan. - Foto JBPM
Pasangan Singapura diburu selama 19 tahun ditahan SPRM
Sepasang suami isteri dari Singapura yang dikehendaki berkaitan kes rasuah di negara itu dan menjadi pelarian selama 19 tahun ditahan SPRM.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Calon SPM maut dalam perjalanan duduki ujian bertutur
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
Penduduk terkejut air banjir bertukar seperti darah
Seorang penduduk Kampung Telaga Bata di sini terkejut apabila banjir di kediamannya berwarna merah seperti 'darah', Ahad lepas.
Ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia
Berita duka itu dikongsi Zarina di Instagram (IG) yang memaklumkan ibu tersayang menghembuskan nafas terakhir selepas waktu Subuh tadi.
Mahkamah Rayuan benarkan Najib hadir pendengaran adendum esok
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri prosiding pendengaran rayuannya yang dijadualkan petang esok berhubung kewujudan titah adendum.
Isu penipuan dalam talian: Platform media sosial perlu bertanggungjawab - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memberitahu Parlimen, dalam tempoh 13 hari, terdapat 274 iklan di Facebook yang menyamar sebagai Jabatan Peguam Negara menggunakan AI.
Justeru Kerajaan mahu platform media sosial bertanggungjawab sekiranya penipuaan dalam talian berlaku memandangkan 'scammer' membayar platform tersebut.
Justeru Kerajaan mahu platform media sosial bertanggungjawab sekiranya penipuaan dalam talian berlaku memandangkan 'scammer' membayar platform tersebut.
1,125 kandungan lucah diturunkan MCMC setakat 1 Disember - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memberitahu Parlimen, Kerajaan mendapati kandungan lucah diturunkan MCMC pada tahun 2022, sebanyak 186 meningkat kepada 1,125 setakat 1 Disember 2024.
Jelas Teo, kandungan berkaitan seksual kanak-kanak telah meningkat dari 34 pada tahun 2022 kepada 800 pada 2024.
Jelas Teo, kandungan berkaitan seksual kanak-kanak telah meningkat dari 34 pada tahun 2022 kepada 800 pada 2024.
Namibia pilih presiden wanita pertama
Namibia memilih Netumbo Nandi-Ndaitwah, calon Parti SWAPO dan Naib Presiden negara itu sebagai presiden wanita pertama.
Sejarah tercipta apabila beliau diumumkan menang dalam pilihan raya presiden minggu lepas.
Sejarah tercipta apabila beliau diumumkan menang dalam pilihan raya presiden minggu lepas.
KKM wujudkan pusat kecemerlangan kesihatan mental kebangsaan
Bagi menangani peningkatan isu kesihatan mental, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dan membangunkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja.
Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Baling
Pasukan Bomba Dan Penyelamat Baling berjaya menurunkan seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Baling.
'Saya tak sanggup tengok video itu'
Luahan Samad Bakar,kepada Shahril Samad yang meninggal dunia dipercayai akibat dipukul serta diikat sekumpulan lelaki susulan kemalangan.