awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki menyamar pelanggan, curi gelang emas RM30,000 ditahan orang awam

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/09/2022
03:45 MYT
Lelaki menyamar pelanggan, curi gelang emas RM30,000 ditahan orang awam
Suspek yang menyamar sebagai pelanggan secara tiba-tiba melarikan rantai tangan emas itu dengan menaiki kereta jenis Volkswagen MK7 sebelum ditahan tidak lama kemudian (foto kanan).
ALOR SETAR: Tidak sampai satu jam selepas dipercayai melarikan seutas rantai emas bernilai RM30,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Putra, dekat sini, suspek terbabit berjaya ditahan orang awam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata dalam kejadian jam 5 petang Khamis itu berjaya dirakam kamera rakaman litar tutup (CCTV) di premis terbabit apabila suspek datang dan berpura-pura sebagai pelanggan dan meminta melihat rantai tangan emas seberat 99.34 gram.
Beliau berkata, suspek secara tiba-tiba melarikan rantai tangan emas terbabit dengan menaiki kereta jenis Volkswagen MK7.
“Jurujual kedai emas itu yang menyedari tindakan lelaki itu kemudiannya segera mengejar suspek sebelum menghubungi pihak polis.
"Orang awam membantu mengejar dan berjaya menahan suspek di lampu isyarat Tambang Badak, kira-kira 3 Kilometer dari premis terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata, suspek berusia 21 tahun itu kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar oleh pasukan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ).
Katanya, suspek direman empat hari bermula Jumaat sehingga 26 September ini untuk membantu siasatan.
Polis turut merampas kenderaan yang dinaiki suspek untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#kedai emas
#menyamar sebagai pelanggan
#larikan seutas rantai emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan