TANJUNG MALIM: Polis giat mengesan seorang lelaki yang didapati menyamar menjadi pegawai bank serta wakil syarikat untuk melarikan wang hasil jualan milik mangsa sekitar daerah Muallim di sini.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, empat laporan membabitkan kerugian sebanyak RM9,250 diterima disyaki melibatkan suspek yang dianggarkan berusia antara 30-an dan 40-an itu.
"Modus operandinya sama apabila suspek memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat atau pegawai bank kepada pekerja di kaunter dan bertanyakan keberadaan pengurus kedai ketika itu.
"Setelah mengetahui tiada, suspek memaklumkan kepada pekerja bahawa pengurus kedai mewakilkannya untuk mengutip hasil jualan di premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurutnya, suspek akan bergegas keluar dari premis setelah menerima wang jualan terbabit.
"Maklumat yang diperolehi mendapati suspek aktif menjalankan penipuan di sekitar Tanjung Malim dan Slim River sejak Januari lalu.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya.
Beliau turut mengingatkan orang awam untuk peka dengan kaedah penyamaran itu dan melaporkan sebarang kegiatan jenayah dengan menghubungi Bilik Gerakan 24 jam di talian 05-4526999. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 06 2022
Tangkap layar dari rakaman kamera litar tertutup di sebuah premis menunjukkan suspek menyamar sebagai wakil syarikat mengutip wang jualan ketika pengurus tiada, dalam kejadian di Slim River. - Foto ihsan pembaca
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Lelaki menyamar wakil syarikat larikan wang
Suspek didapati aktif menjalankan penipuan di sekitar Tanjung Malim dan Slim River sejak Januari lalu.