awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Mesir cuba betulkan antena televisyen terjatuh pangsapuri

Bernama
Bernama
16/08/2014
07:58 MYT
Lelaki Mesir cuba betulkan antena televisyen terjatuh pangsapuri
Mayat lelaki berusia 66 tahun itu ditemui di tempat letak kenderaan oleh penduduk pangsapuri berkenaan pada kira-kira 11 malam.
Seorang lelaki warga Mesir ditemui mati dipercayai terjatuh dari Pangsapuri Taman Sutera, Seberang Jaya di sini malam tadi.
Mayat lelaki berusia 66 tahun itu ditemui di tempat letak kenderaan oleh penduduk pangsapuri berkenaan pada kira-kira 11 malam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata lelaki yang dipercayai ahli perniagaan itu dilapor terjatuh dari tingkat 19 pangsapuri itu.
"Menurut saksi, lelaki itu dilihat cuba membetulkan antena televisyen di koridor di tingkat berkenaan sebelum terjatuh dan ketika kejadian hujan renyai-renyai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang enggan mendedahkan identiti lelaki itu, berkata mayat dihantar ke Seberang Jaya untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#jatuh
#pangsapuri
#polis
#Rusli Mohd Noor
#Seberang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan